Thursday, January 15, 2009

Tumpang



Tajuk TUMPANG

Media Paper clay, Acrylic, Clear spray, glue gun

Saiz Sepenuh Isipadu Katak berzaiz 3 X 3 X 3 meter

Statetment

Bayi menumpang rahim ibunya. Anak menumpang rumah ibu bapa / mertua sebelum dapat rumah sendiri. Setinggan menumpang di tanah kerajaan sehingga di suruh keluar. Wanita dan lelaki menumpang kasih sayang demi membina kehidupan baru.

Mengapa menumpang dikait dengan unsur negatif kekurangan, tidak bebas, canggung dan gagal?

Aku ingin mewakili diriku dan rakan-rakan menumpang di tapak yang strategic, positif, kukuh untuk terus hidup. Cendawan mudah membiak dan boleh dimakan, boleh menjadi racun. Cendawan tidak putus asa jika di buang, dipijak dan dimusnah orang. Cendawan akan tyerus tumbuh tanpa putus asa. Sedangkan kejadian kita ini hanya menumpang di bumi Tuhan sehingga di panggil kembali.
Kaki yang besar memijak dan memusnah cendawan harus awas kerana ada kaki yang lebih besar yang memijak dan memusnah mereka. Mereka yang besar dan gagah itu juga hanya menumpang di bumi ini. Kerana Tuhan itu Maha Besar, DOES SIZE MATTERS?


PRANCANGAN KARYA

Saya telah membuat research dengan mempamerkan karya Tumpang ini di Gudang dan Tabik Jeri Show. Saya juga telah menjadi cekap menggubah paper clay menjadi cendawan. Kali ini, saya ingin membuat beribu-ribu cendawan berwarna merah jambu terang yang memuat isipadu 3 x 3 x 3 meter untuk saya tampal di lokasi iaitu BALAI SENI LUKIS NEGARA.

Ruang pameran, ruang legar, lif, tangga, ‘ramp’ dan mana yang dirasakan sesuai termasuk memanjat karya yang dipamerkan untuk menumpang glamour nama-nama besar. Bahan glue gun tidak akan merosakkan karya.

Karya dalam bilik pameran utama BMS akan dipasang selepas semua peserta memasang karya mereka sendiri. Saya akan menentukan posisi berdasarkan sifat karya, pencahayaan (untuk efek bayang yang baik). Karya bersifat interaktif, jika patah dan pecah harus dibiarkan sahaja.

Selepas dipasang akan didokumen dan selepas pameran di dokumen sekali lagi untuk melihat kesan-kesan alam dan manusia yang ditinggalkan. Cendawan manakah yang masih tinggal?


Tuesday, January 13, 2009

Melihat Potensi Masa Depan Negara

Masa depan sesebuah negara bergantung kepada golongan muda untuk memastikan kesinambungan hayatya. Begitu juga dalam bidang seni visual, dan biasanya (sejak awal 70 an) golongan yang digelar orang muda atau dalam blog ini dipanggil potensi muda merupakan yang beraliran kontemporari atau sezaman. Bagi saya golongan kontemporari ini merupakan mereka yang mendahului zamannya. Mereka lantang, berani, nekad dan tegar. Dalam keadaan semasa mereka biasanya tidak 'disukai' oleh golongan yang sudah selesa dengan keadaan sedia ada dan malas untuk memikirkan sesuatu atau mengorak langkah baru untuk lebih ke hadapan. Mereka juga biasanya tidak atau kurang dipedulikan. Oleh kerana itu. bila golongan ini meningkat usianya mereka sukar untuk mengambil alih tonggak kesinambungan bidang mereka. Maka dengan itu berterusan pemikiran lama dan keadaan lama yang diwarisi oleh mereka yang 'selesa' tadi.

Oleh sebab itu Balai Seni Lukis Negara melalui perantara 2 orang Kurator (Tan Sei Hon& Majidi) dipertanggungjawabkan untuk memantau perkembangan golongan ini dengan memilih karya-karya potensi muda ini untuk diangkat dan dibincangkan di dalam blog ini. Ini disebabkan, turun naiknya atau kekal lupusnya seseorang pelukis biasanya bergantung kepada penulisan, komen, kritikan dan saranan daripada kurator dan orang-orang yang berada dalam bidang ini.

Kami akan cuba memilih karya kontemporari yang dirasakan berpotensi untuk dibicarakan dan amat berharap hasil daripada usaha ini akan dapat memberi keyakinan terhadap potensi muda ini untuk kekal dan meneruskan perjuangan dalam bidang seni ini. Pembaca diharap akan dapat bersama-sama berinteraksi terhadap karya-karya ini dan kami percaya konsep open ended ini akan berjaya memberi makna yang lebih baik terhadap karya terpilih dan membantu mereka kekal dalam bidang ini.

Art for All!!!!!
Majidi